Senaman dan Dialisis

Mengamal senaman adalah penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan mental sepanjang perjalanan rawatan anda.

Illustration of a woman walking a dog outside

Terdapat pelbagai manfaat fizikal dan psikologi untuk kekal aktif semasa menjalani dialisis. Amalan bersenam boleh meningkatkan harga diri anda, memastikan anda cergas dari segi mental dan fizikal serta membuka peluang berinteraksi sosial baharu. Senaman mungkin menjadikan anda rasa “seperti biasa”semula, membantu anda mendapatkan kestabilan fizikal dan emosi untuk melakukan aktiviti yang biasa anda lakukan sebelum disahkan menghidap penyakit. Sebelum anda memulakan sebarang aktiviti fizikal, berbincang dengan pakar terlebih dahulu tentang pilihan terbaik bagi anda.

elderly couple cycling near the beach after dialysis

Manfaat Fizikal dan Emosi Melakukan Kegiatan Fizikal dengan Dialisis

Kegiatan fizikal penting untuk mengekalkan gaya hidup sihat, tidak kira anda sedang menjalani dialisis atau tidak. Senaman disertakan diet mesra buah pinggang boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, menguatkan otot, melapangkan fikiran dan mencerdaskan minda yang positif.  Kegiatan fizikal yang kerap amat penting untuk mengekalkan jantung yang sihat.  Ini sangat penting sekiranya anda mengalami penyakit buah pinggang kronik (CKD), kerana ia akan meningkatkan risiko anda mengalami sakit jantung.

Elderly man exercising in the gym while on dialysis

Apakah Jenis Senaman Yang Boleh Saya Lakukan?

Apabila anda menjalani dialisis, terdapat banyak jenis aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan. Antara senaman mudah yang boleh dilakukan termasuk berjalan kaki. Bagaimanapun, jika anda dapat melakukan aktiviti lain, pakar klinikal anda boleh mencadangkan beberapa senaman luar yang boleh anda lakukan, jika cuaca mengizinkan.  Jika tidak, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam. 

Elderly couple walking dog outdoors while on dialysis

Pertimbangan Khusus

Sesetengah orang yang menjalani dialisis mempunyai masalah perubatan lain yang mempengaruhi keupayaan mereka untuk bersenam dengan kerap.  Diabetes dan sakit jantung adalah dua daripada masalah paling umum.  Jika anda mengalami keadaan ini, anda seharusnya berunding dengan doktor sebelum mula bersenam, dan kemudian mulakan pelan senaman anda perlahan-lahan, meningkatkan keamatan dan tempoh masa aktiviti anda secara beransur-ansur.

Woman with towel on neck drinking water after exercising while on dialysis

Pengambilan Air dan Senaman

Mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan sangat penting semasa anda menjalani dialisis. Badan anda akan kehilangan lebih banyak bendalir daripada biasa semasa bersenam. Anda hendaklah berbincang dengan pakar klinikal tentang keperluan dan cara untuk mengubah jumlah pengambilan air semasa anda bersenam untuk memastikan anda mencukupi air dalam badan dan mengelakkan ketidakseimbangan bendalir.  Seringkali pengambilan air and cecair lain akan dihadkan bagi penghidap dialisis, jadi anda boleh membincangkan dengan pakar klinikal atau jururawat anda mengenainya.

Apakah langkah seterusnya?

Couple with camera and luggage travelling while on dialysis

Mengembara dengan Dialisis

Anda mungkin masih boleh mengembara semasa dirawat untuk penyakit buah pinggang kronik (CKD). Ketahui lebih lanjut tentang pengembaraan dengan dialisis. 

Elderly friends happily talking to each other about living well with dialysis

Berbincang Tentang Penyakit Anda

Anda mungkin mendapati sukar untuk berbincang tentang penyakit anda secara terbuka, tetapi langkah ini akan membantu anda membina kepercayaan dan mendapatkan sokongan emosi dan praktikal yang anda perlukan untuk hidup sejahtera dengan dialisis.

Holding hand for emotional support about dialysis

Menangani Emosi Anda

Cara anda menangani emosi sepanjang rawatan boleh memberikan kesan ketara terhadap kesejahteraan anda.