Menangani Emosi Anda
Cara anda menangani emosi sepanjang rawatan boleh memberikan kesan ketara terhadap kesejahteraan anda.
Kecelaruan emosi adalah yang biasa dialami dalam tempoh menyesuaikan diri sebagai pesakit buah pinggang. Anda perlu lebih bersikap terbuka dan menerima takdir dengan tidak melayan perasaan dan menyalahkan diri sendiri. Sentiasa positif dan berkongsi realiti tentang penyakit anda ialah langkah penting untuk mencetus perubahan membina dan berkualiti dalam diri anda.
Emosi yang Mungkin Anda Alami
Apabila berlaku sesuatu perubahan besar dalam hidup, pelbagai emosi akan melanda diri kita. Pesakit buah pinggang kronik (CKD) juga tidak dapat lari dari mengalaminya. Hidup dengan dialisis memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental, dan anda mungkin dibebankan dengan cabaran emosi yang timbul.
Baca lebih lanjut mengenai emosi yang mungkin anda alami
Mendapatkan Sokongan yang Anda Perlukan
Perlu diingat bahawa anda tidak seorang diri dalam mengidapi penyakit ini. Pakar klinikal anda dan anggota lain pasukan penjagaan kesihatan anda sedia membantu dengan memberikan sokongan sebaik mungkin dalam menguruskan emosi anda. Untuk mendapat manfaat sepenuhnya kepada rangkaian sokongan ini, anda mungkin perlu mengambil inisiatif – bertanyakan soalan, melaporkan gejala dan mendidik diri anda tentang keadaan yang anda hadapi. Penjaga dan ahli keluarga juga boleh memainkan peranan penting untuk memberikan sokongan emosi.
Anda perlu bersikap lebih terbuka dengan pasukan klinikal tentang emosi yang anda rasai. Selain itu, anda boleh menggunakan khidmat pekerja sosial atau pakar psikologi dalam pasukan di klinik anda. Jika anda rasa tidak berdaya, berbincanglah dengan doktor anda. Jika anda tidak dapat bercakap dengan pasukan penjagaan kesihatan tentang emosi yang terpendam dalam diri, anda boleh cuba memanfaatkan sumber awam tempatan yang disediakan.
Apakah langkah seterusnya?
Hubungan intim
Anda boleh mengekalkan hubungan intim walaupun perlu menjalani dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang keintiman dan dialisis.
Diet dan Dialisis
Diet yang mesra buah pinggang boleh membantu anda rasa sihat dan melakukan yang terbaik sepanjang perjalanan rawatan anda. Ketahui lebih lanjut tentang diet dan dialisis anda.
Senaman dan Dialisis
Menjaga kesihatan fizikal boleh membantu anda menerima rawatan yang sepenuhnya. Ketahui bagaimana anda boleh menjalani kehidupan aktif semasa menjalani rawatan dialisis.