Apa yang anda perlu ambil tahu tentang CAPD 

Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD) ialah sejenis peritoneal dialisis (PD) yang menggunakan graviti untuk "menukar" dialisat lama anda dengan dialisat yang baru. 

Patient performing Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis

Apakah CAPD?

Peritoneal Dialisis (PD) menggunakan lapisan abdomen anda (juga dikenali sebagai peritoneum) sebagai penapis semula jadi untuk membuang toksin daripada darah anda.1 Terdapat 2 jenis PD: Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD) dan PD Automatik (APD). 

CAPD tidak memerlukan mesin dan boleh dilakukan di mana-mana tempat yang bersih. Jadi, sama ada anda berada di rumah, bekerja atau melancong, anda boleh meneruskan rawatan CAPD anda mengikut keselesaan anda. 

Bagaimanakah CAPD Dilakukan di Rumah?

Beg larutan dialisis baharu akan disambungkan ke tiub plastik lembut (dikenali sebagai kateter) yang berada di abdomen anda. CAPD bermula apabila larutan yang berada dalam abdomen anda (dikenali sebagai efluen) "ditukar" dengan larutan baharu. 

Beg larutan baharu akan digantung pada tiang IV, dengan daya tarikan graviti, larutan baharu akan mengalir ke dalam abdomen anda. Setelah selesai, sistem akan ditanggalkan, dan penutup  diletakkan pada kateter anda supaya anda bebas menjalani aktiviti harian anda sehingga pertukaran seterusnya. Setiap pertukaran mengambil masa kira-kira 20–40 minit dan dengan kekerapan 1–4 kali sehari, bergantung pada keperluan dialisis anda. 

Setelah anda memulakan CAPD, abdomen anda akan sentiasa mengandungi larutan dialisis. Dengan setiap “pertukaran’, anda akan melalui langkah berikut: 

Apakah faedah CAPD?

Lebih berdikari2

Peralatan CAPD lebih mudah alih berbading dengan peralatan dialisis yang lain. Oleh itu, anda masih boleh melakukan dialisis semasa melancong atau dalam perjalanan. Anda boleh melakukan CAPD di mana-mana tempat yang bersih seperti di tempat kerja atau di rumah.

Mengurangkan tekanan fizikal3

CAPD dikenali sebagai terapi yang "berterusan", di mana sisa kumuhan dan cecair berlebihan boleh dikawal dengan lebih mudah semasa proses rawatan, dapat mengurangkan beban jantung dan saluran darah.

Kurang preskripsi

Pesakit CAPD juga mungkin dapat mengurangkan pengambilan ubat dan suplemen berbanding dengan rawatan Hemodialisis (HD).

Fungsi buah pinggang yang lebih tahan lama4

Pesakit yang melakukan PD mungkin dapat mengekalkan fungsi buah pinggang lebih lama berbanding dengan mereka yang memilih rawatan HD.

Diet yang lebih longgar5

Pemakanan seimbang adalah penting untuk semua pesakit CKD. Memandangkan PD dijalankan beberapa kali sehari, sisa kurang terkumpul dalam badan anda kerana jangka masa yang lebih pendek berbanding dengan HD.  Ini mungkin membolehkan anda mengambil makanan yang anda suka. Selain itu, PD setiap hari dapat menyingkirkan  kalium dengan lebih cekap berbanding dengan HD. Jadi, pesakit PD tidak perlu memantau dengan ketat pengambilan kalium mereka seperti pesakit HD.

FAQ

Apakah langkah seterusnya?

PD at home

Peritoneal Dialisis (PD) di Rumah

APD adalah sejenis rawatan peritoneal dialisis yang berbeza daripada hemodialisis. Kami akan memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai PD.

Illustration of a patient participating in in-centre haemodialysis

Hemodialisis di Pusat Rawatan (ICHD)

Anda mungkin lebih suka menerima rawatan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran dengan anda.

Illustration of the human body and medication

Pemindahan Buah Pinggang & Penjagaan Konservatif

Terdapat pilihan rawatan lain yang anda boleh mempertimbangkan sekiranya anda dan pakar perubatan mendapati rawatan dialisis tidak sesuai untuk anda.