Berbincang Tentang Penyakit Anda

Anda mungkin mendapati sukar untuk berbincang tentang penyakit anda secara terbuka, tetapi langkah ini akan membantu anda membina kepercayaan dan mendapatkan sokongan emosi dan praktikal yang anda perlukan untuk hidup sejahtera dengan dialisis.

Two women talking

Berbincang tentang penyakit anda boleh meringankan beban untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan penghidap buah pinggang kronik (CKD).

Perbincangan dengan orang-orang tersayang tentang realiti baharu yang anda hadapi mungkin mencabar tetapi adalah penting. Bantuan dan sokongan mereka amat berharga sepanjang rawatan dan tindakan anda berkongsi lebih awal dengan mereka akan memastikan anda berpeluang untuk mendengar pandangan, kemusykilan, keperluan dan penerimaan mereka.

Image of Couple Embracing

Suami, Isteri, Pasangan atau Teman Hidup Anda

Jika anda ada suami atau isteri, pasangan atau teman hidup, anda mungkin mahu mereka menjadi tunggak utama yang memberikan sokongan emosi sepanjang perjalanan rawatan anda. Lebih-lebih lagi jika merekalah penjaga atau insan yang memberikan sokongan semasa anda menjalani rawatan dialisis. Sebaik-baiknya anda perlu berbincang dengan mereka tentang cara rawatan sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan harian anda berdua, dan rancang bagaimana untuk menangani perubahan peranan dan jangkaan dalam rumah tangga.

Image of Family Talking

Keluarga Anda

Anda mungkin perlu memberitahu keluarga mengenai keadaan anda sepanjang rawatan. Bersikap terbuka tentang penyakit anda dengan orang yang tersayang boleh membantu mereka memahami apa yang sedang anda lalui.

Keluarga anda juga boleh menjadi tunggak sokongan anda. Sebagai contoh, mereka boleh menghantar anda berulang-alik ke tempat rawatan. Jika anda menjalani PD atau rawatan HD di rumah, mereka boleh membantu anda untuk melakukan rawatan. Selain itu, mereka mungkin boleh membantu anda melakukan urusan peribadi atau keluarga, seperti mengemas rumah atau menjaga anak.

Picnic with friends

Rakan-Rakan Anda

Aktiviti sosial anda mungkin terjejas bergantung pada rawatan yang anda pilih. Ini tidak bermakna aktiviti sosial anda akan berakhir di sini. Beritahu rakan-rakan bahawa anda masih boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang anda gemari sebelum diagnosis supaya mereka terus melibatkan anda. Akan tetapi, anda perlu berunding dengan pakar klinikal terlebih dahulu. Rakan-rakan anda mungkin boleh mencuba sesetengah aktiviti baharu dengan anda. Malah jika anda memilih untuk menjalani hemodialisis di pusat (HD di Pusat), anda juga berpeluang jumpa kawan baru!

Image of Colleagues

Majikan dan Rakan Sekerja Anda

Anda masih boleh bekerja semasa menjalani rawatan dialisis. Ini juga boleh membantu anda mengekalkan kesejahteraan fizikal, mental dan sumber pendapatan anda. Anda perlu berbincang secara jujur dan terbuka dengan majikan sekiranya perlu menyesuaikan jadual kerja dengan rawatan.

Doctor with Patient

Merawat Penyakit Buah Pinggang (CKD) Seorang Diri

Pasukan penjagaan kesihatan boleh meberi nasihat dan cadangan untuk memudahkan rawatan dialisis sekiranya anda membuat keputusan untuk mengharungi perjalanan rawatan seorang diri. Mereka boleh menasihati anda atau merujuk kepada orang yang dapat menasihati anda bagaimana untuk mendapat kesan rawatan yang terbaik, dan cara mengimbangi rawatan dengan tanggungjawab kehidupan kerja. Perbincangan terbuka dengan pasukan penjagaan kesihatan tentang keadaan anda adalah penting untuk mereka memberi sokongan yang sepenuhnya kepada anda.

Apakah langkah seterusnya?

Two people holding hands

Hubungan intim

Anda masih boleh mengekalkan hubungan intim semasa menjalani rawatan dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang hubungan intim dan dialisis.

Man and woman riding bicycles

Senaman dan Dialisis

Amalan senaman semasa anda menjalani rawatan dialisis boleh membantu anda berasa lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk anda boleh terus kekal aktif sepanjang perjalanan rawatan anda.

Man and woman with luggage

Mengembara dengan Dialisis

Anda masih boleh mengembara walaupun anda perlu menjalani rawatan dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengembara dengan penyakit buah pinggang kronik. (CKD).