Mengembara dengan Dialisis

Dialisis tidak seharusnya menghalang anda daripada mengembara atau melancong ke luar negara. Di sini anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang persediaan yang perlu anda buat untuk melakukan rawatan dengan selamat semasa anda berada di perantauan.

Illustration of an airplane

Bagi ramai penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD), keupayaan untuk bergerak dan mengembara adalah sebahagian daripada perkara penting di dalam  usaha untuk kekal berdikari. Anda mungkin perlu mengembara untuk bekerja atau atas tuntutan keluarga atau anda mahu melancong kerana seronok melakukannya. Walaupun pengembaraan dengan dialisis mungkin memerlukan persediaan khusus, anda masih berpeluang untuk memenuhi keinginan anda untuk mengembara. 

Couple with camera and luggage travelling while on dialysis

Bolehkah Saya Mengembara Semasa Saya Menjalani Rawatan Dialisis?

Ya, kebanyakan pesakit dialisis boleh mengembara dan meneruskan rawatan mereka semasa berada jauh dari rumah. Malah, pakar klinikal anda mungkin menggalakkan anda untuk mengembara, kerana kebaikannya kepada emosi anda. Anda perlu berbincang dengan pakar klinikal anda sebelum anda membuat sebarang rancangan perjalanan supaya mereka boleh memberi nasihat dalam hal keselamatan dan persiapan agar anda mematuhi jadual rawatan semasa anda pergi.

Elderly couple with camera and luggage on travelling with dialysis

Bolehkan Saya Mengembara Semasa Saya Dalam Senarai Menunggu Pemindahan Buah Pinggang?

a, anda juga boleh mengembara semasa anda aktif dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang. Bagaimanapun, anda perlu memberitahu penyelaras yang bertanggungjawab untuk pemindahan buah pingganga anda tentang rancangan perjalanan anda. Mereka akan  menasihati anda tentang sama ada anda sempat pulang dari destinasi pengembaraan anda atau tidak untuk menerima pemindahan buah pinggang, sekiranya penderma boleh didapati semasa anda tiada. Jika tidak, anda boleh juga memilih untuk “tangguhkan buat sementara” sepanjang masa anda di luar negara. Anda perlu mendapatkan maklumat yang tepat tentang sama ada proses ini boleh dilakukan untuk senarai menunggu tertentu. Jadi, anda perlu bertindak proaktif dengan mencari jawapan kepada soalan-soalan ini sebelum anda membuat rancangan untuk meninggalkan rumah anda. 

Man in sunglasses and fedora hat travelling while on peritoneal dialysis

Mengembara Sambil Menjalani Rawatan Dialisis Peritoneal (PD)

Oleh kerana keperluan bekalan untuk pesakit dialisis peritoneal (PD) boleh dihantar ke destinasi pengembaraan, mereka selalunya hanya perlu membawa pengitar (jika mereka menjalani rawatan Dialisis Peritoneal Automatik). Ini bermakna lebih mudah untuk mengembara dengan PD daripada dialisis jenis lain. Biarpun anda menjalani rawatan dialisis peritoneal (PD), anda tetap perlu membuat rancangan lebih awal untuk menentukan bagaimana anda akan membawa segala keperluan yang anda perlukan untuk rawatan, atau merancang penghantaran bekalan produk rawatan.

Elderly friends enjoying their time on the beach

Mengembara Semasa Menjalani Rawatan Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)

Jika anda menerima rawatan hemodialisis di pusat rawatan (HD di Pusat), anda perlu mengatur terlebih dahulu temu janji rawatan di pusat rawatan yang berhampiran dengan destinasi anda. Kebanyakan pusat rawatan mempunyai pengalaman menyelaraskan rawatan untuk pesakit dalam perjalanan. Jadi, pastikan anda bertanya pasukan penjagaan kesihatan anda sama ada terdapat seseorang di pusat rawatan anda yang boleh membantu anda. 

Elderly couple smiling to each other

Adakah Anda Seorang Penjaga atau Adakah Insan Yang Anda Sayangi Memerlukan Dialisis?

Menjadi penjaga atau insan tersayang kepada seseorang yang memerlukan dialisis hakikatnya bermakna hidup anda akan berubah. Mengetahui apa yang patut dijangkakan akan membantu anda mempersiapkan diri untuk perjalanan yang bakal anda tempuhi. Baca lebih lanjut tentang apa yang patut dijangkakan, bagaimana anda boleh menyokong insan tersayang, dan mengapa penjagaan diri anda sendiri juga tidak kurang pentingnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apakah langkah seterusnya?

Elderly friends happily talking to each other about living well with dialysis

Berbincang Tentang Penyakit Anda

Anda mungkin mendapati sukar untuk berbincang tentang penyakit anda secara terbuka, tetapi langkah ini akan membantu anda membina kepercayaan dan mendapatkan sokongan emosi dan praktikal yang anda perlukan untuk hidup sejahtera dengan dialisis. 

Holding hand for emotional support about dialysis

Menangani Emosi Anda

Cara anda menangani emosi sepanjang rawatan boleh memberikan kesan ketara terhadap kesejahteraan anda. 

Elderly couple holding hands

Hubungan intim

Anda boleh mengekalkan hubungan intim sepanjang rawatan dialisis anda. Ketahui lebih lanjut tentang keintiman dan dialisis.