Pilihan Rawatan Yang Lain
Pilihan rawatan kebiasaanya bergantung kepada pilihan pesakit. Untuk sesetengah pesakit, pemindahan buah pinggang yang menjadi pilihan tetapi untuk pesakit yang lain, rawatan sokongan tanpa dialisis mungkin menjadi pilihan lebih sesuai.
Apakah Pemindahan Buah Pinggang?
Cara pemindahan buah pinggang ialah melalui pembedahan memindahkan buah pinggang yang sihat daripada seorang penderma untuk diletakkan ke dalam badan anda. Buah pinggang baru ini akan membersihkan darah anda dan menyingkirkan bendalir berlebihan sebagaimana yang dilakukan oleh dua buah pinggang anda sendiri ketika sihat dahulu.
Apakah Yang Diperlukan untuk Keserasian Pemindahan Buah Pinggang?
Kejayaan pemindahan buah pinggang bergantung kepada pelbagai faktor. Jika anda sihat secara keseluruhannya, pakar klinikal boleh menentukan kesesuaian anda sebagai calon untuk pemindahan buah pinggang dan akan mengesyorkan nama anda dimasukkan ke dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang, atau anda sendiri boleh mencari penderma hidup, seperti saudara mara dan anggota keluarga.
Apakah Kadar Kejayaan Pemindahan Buah Pinggang?
Kadar kejayaan jangka panjang selepas pemindahan buah pinggang daripada penderma buah pinggang hidup berasaskan laporan Pendaftaran Dialisis dan Pemindahan Brunei (BDTR) ialah 91.1% selepas 5 tahun pembedahan dan 81.2% selepas 10 tahun pembedahan.3
Kelebihan Pemindahan Buah Pinggang
Pemindahan buah pinggang yang berjaya membolehkan anda untuk hidup lebih lama dengan kualiti hidup lebih tinggi berbanding jika anda menjalani rawatan dialisis. Anda tidak lagi perlu menerima rawatan dialisis atau menghadkan diet anda seperti yang anda lakukan sebelumnya. Bagaimanapun, kehidupan selepas pemindahan buah pinggang mungkin agak mencabar. Proses pemulihan selepas pemindahan buah pinggang akan memerlukan pengambilan ubat penahan imun untuk jangka masa panjang. Justeru, masa yang agak lama mungkin diperlukan untuk membiasakan diri dengannya dan melibatkan banyak kunjungan ke hospital.
Pemindahan buah pinggang juga mempunyai risiko.
Apakah langkah seterusnya?
Peritoneal Dialisis (PD) di Rumah
Peritoneal dialisis (PD) merupakan sejenis rawatan dialisis yang boleh dilakukan di rumah. Kami akan memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai PD.
Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD)
CAPD boleh dilakukan di tempat kerja, rumah atau semasa anda mengembara.
Peritoneal Dialisis Automatik (APD)
Anda boleh melakukan rawatan dialisis semasa anda tidur.