Langkah Seterusnya
Anda perlu mengemukakan soalan yang tepat supaya dapat memanfaatkan masa yang anda ada dengan pasukan perubatan.


Mendapatkan Maklumat yang Tepat pada Masa Yang Tepat
Maklumat di laman web ini bertujuan untuk melengkapkan apa yang telah anda bincangkan dengan pasukan perubatan anda. Menggabungkan maklumat ini dengan apa yang telah diberitahu dapat membantu anda membuat keputusan rawatan penting.
- Untuk memutuskan sama ada anda mahu menjalani rawatan atau tidak
- Untuk memilih antara pelbagai jenis rawatan
- Untuk memutuskan sama ada anda mahu meneruskan rawatan yang sama
Keputusan anda harus dibuat berdasarkan keutamaan anda.

3 Soalan Perlu Ditanya
Anda boleh mengemukakan 3 soalan ini semasa membuat keputusan dalam penjagaan kesihatan anda bersama-sama dengan pasukan perubatan:
1. Apakah pilihan saya?
2. Apakah kebaikan dan keburukan setiap pilihan untuk saya?
3. Bagaimana saya mendapat sokongan untuk membantu saya membuat keputusan yang sesuai untuk saya?
3 soalan ini berdasarkan pada Shepherd HL, et al. Three questions that patients can ask to improve the quality of information physicians give about treatment options: A cross-over trial. Patient Education and Counselling, 2011;84: 379-85.

Dialisis boleh memberi kesan pada pelbagai aspek kehidupan anda. Memilih jenis rawatan dialisis yang sesuai bukan mudah.
Kuiz “Kidney Journey” hanya mempunyai 10 soalan untuk mentaksir nilai dan gaya hidup anda serta memilih rawatan yang sesuai.