Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) Tahap 5

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah keadaan di mana fungsi buah pinggang merosot secara beransur-ansur dan akan menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk sesetengah pesakit. CKD tahap 5 menandakan kegagalan buah pinggang, dan juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang peringkat akhir. Pada peringkat ini, anda seharusnya telah membuat keputusan-keputusan dan rancangan-rancangan mengenai terapi penggantian buah pinggang seperti dialisis. Anda mungkin telah dimaklumkan tentang pilihan rawatan yang sedia ada sementara penyakit CKD mara ke peringkat ini.  Namun, agak malang bagi segelintir orang dimana CKD hanya diketahui pada peringkat ini dan tindakan pantas diperlukan oleh pasukan nefrologi.

Gambaran keseluruhan penyakit buah pinggang tahap 5

5 Stages of CKD in Melayu

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) dibahagikan kepada 5 peringkat berdasarkan fungsi buah pinggang, dan sama ada terdapat tanda-tanda darah atau protein dalam air kencing.

Pada CKD tahap 5, buah pinggang tidak dapat mengekalkan keseimbangan bendalir, dan akan meninggikan toksin dan garam dalam badan. Ujian darah untuk menentukan fungsi buah pinggang pada CKD tahap 5 akan memberikan anggaran kadar penurasan glomerular (eGFR) yang kurang daripada 15 ml/min. Terdapat tanda-tanda isu-isu kesihatan lain seperti anemia dan penyakit metabolik tulang, yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang.

Simptom-simptom penyakit buah pinggang kronik tahap 5

Pada CKD tahap 5 anda berkemungkinan mengalami simptom-simptom termasuk:

  • Kelesuan
  • Sesak nafas
  • Bengkak di tangan dan kaki anda
  • Bengkak mata
  • Perubahan warna air kencing atau isipadu
  • Kejang Otot
  • Hilang Selera Makan
  • Mual dan rasa tidak enak dalam mulut
  • Masalah tidur
  • Gatal-gatal
  • Perubahan warna kuku dan kulit

Adalah penting untuk mengetahui simptom-simptom kegagalan buah pinggang dan memaklumi doktor-doktor dan pasukan nefrologi anda mengenai sebarang perubahan atau simptom-simptom baharu.

Kelesuan dan kehilangan selera makan adalah dua simptom kritikal pada peringkat ini. Jadi, adalah penting untuk berwaspada terhadap simptom-simptom ini.

Ketahui lebih lanjut tentang simptom-simptom penyakit buah pinggang lain yang mungkin anda alami.

 

Diagnosis penyakit buah pinggang pada tahap 5

Illustration of woman consulting with doctor about kidney disease and treatment options

Anda perlu segera jumpa dengan pakar buah pinggang (pakar nefrologi) sekiranya ini merupakan kali pertama didiagnosis dengan CKD tahap 5. Ini adalah untuk menilai masalah buah pinggang yang tersembunyi dan bincangkan jenis rawatan yang diperlukan. Walaupun anda mungkin rasa cemas dan kesuntukan masa, adalah penting untuk mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan dengan rawatan anda.

Ketahui soalan-soalan penting untuk tanya doktor buah pinggang atau pakar nefrologi akan membantu anda membuat keputusan termaklum mengenai rawatan penyakit buah pinggang.

Rawatan untuk penyakit buah pinggang tahap 5

Female physician reviewing information with a man and woman

Penyakit buah pinggang tidak boleh berpatah balik apabila merosot pada CKD tahap 5. Besar kemungkinan anda akan diberi lebih banyak ubat untuk mengekalkan fungsi buah pinggang, sementara menguruskan isu-isu kesihatan lain seperti anemia dan penyakit metabolik tulang, yang disebabkan oleh CKD. Pasukan nefrologi akan menilai dan membincangkan pilihan rawatan yang sedia ada sebelum anda melangkah ke peringkat ini - khususnya, dialisis dan pemindahan buah pinggang.

Dalam sesetengah situasi, jika dialisis dan pemindahan buah pinggang tidak dapat membantu anda, anda boleh mempertimbangkan penjagaan konservatif.

Penjagaan konservatif tidak bermakna anda tidak menerima apa-apa rawatan. Anda akan terus mengambil ubat-ubatan tetapi tanpa dialisis.

Keadaan dan keperluan anda akan dipertimbangkan sebelum merancang terapi penggantian buah pinggang yang paling sesuai untuk anda kerana setiap pesakit adalah unik. Pada masa ini, pelan rawatan untuk terapi penggantian buah pinggang perlu dimulakan, termasuk memberikan akses untuk dialisis anda.

Pilihan Rawatan Penyakit Buah Pinggang: Dialisis dan Pemindahan

Anda perlu menjalani rawatan seperti dialisis atau pemindahan buah pinggang jika menghidapi penyakit buah pinggang tahap 5. Dialisis adalah proses perubatan yang mimik fungsi buah pinggang yang sihat dengan menyahkan toksin dari badan dan mengekalkan keseimbangan bendalir, dengan menapis darah melalui membran.

Dua jenis dialisis utama adalah Hemodialisis (HD) dan Dialisis Peritoneal (PD). Lazimnya, PD dilakukan di rumah manakala HD dilakukan di pusat dialisis. Adalah penting untuk mengetahui bahawa anda mungkin mahu atau perlu bertukar jenis dialisis bergantung pada keadaan klinikal dan keperluan anda pada masa akan datang.

Jika anda telah memulakan rawatan di klinik nefrologi, anda sepatutnya sudah ada akses untuk dialisis - satu fistula di lengan anda untuk hemodialisis (HD) atau kateter di perut anda untuk dialisis peritoneal (PD).

Pasukan nefrologi juga akan menilai kesesuaian anda untuk pemindahan buah pinggang. Di sesetengah negara, sebilangan kecil orang boleh menerima pemindahan buah pinggang sebelum memerlukan dialisis. Bagaimanapun, kebiasaannya orang yang layak menerima pemindahan akan menjalani dialisis dulu.

Menguruskan penyakit buah pinggang tahap 5

Man and Woman sharing information

Pengurusan penyakit buah pinggang kronik yang betul adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup anda. Oleh itu, anda harus mengekalkan rutin senaman yang tetap dan mengikuti diet yang disyorkan. Anda juga harus berhenti merokok dan memantau keadaan kesihatan yang lain. Pada peringkat CKD ini, anda akan kerap melawat hospital untuk memantau keadaan buah pinggang anda. Anda juga harus mulakan terapi penggantian buah pinggang sekiranya diperlukan.

Bilakah terapi penggantian buah pinggang bermula?

Pakar nefrologi anda akan menilai masa yang terbaik untuk memulakan dialisis berdasarkan simptom-simptom dan keputusan ujian darah anda. Tiada panduan yang tetap untuk menentukan bilakah anda harus mulakan dialisis. Rawatan harus disesuaikan berdasarkan gaya hidup dan matlamat hidup anda.

Orang yang didiagnosis dengan penyakit buah pinggang tahap 5 memerlukan penilaian klinikal yang cepat dan perlu memulakan dialisis dengan segera.

Illustration of doctor explaining kidney disease condition and treatment options to elderly patient

Prognosis untuk penyakit buah pinggang kronik tahap 5

Adalah penting untuk berbincang dengan pakar nefrologi anda mengenai cabaran-cabaran dan matlamat-matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda. Pelan rawatan CKD harus disesuaikan secara peribadi mengikuti cabaran dan matlamat anda. Masa ini mungkin sangat mencabar untuk anda dan orang yang tersayang. Oleh itu, adalah penting untuk anda mendapatkan semua bantuan dan maklumat yang diperlukan semasa memulakan dialisis.

SOALAN-SOALAN LAZIM