Dialisis

Sudah pasti anda akan mendengar “dialisis” setiap kali timbulnya topik tentang penyakit buah pinggang peringkat akhir atau kegagalan buah pinggang. Tetapi apakah penglibatannya dan kenapakah ia membantu kegagalan buah pinggang? Artikel ini memberi anda pengenalan ringkas kepada dialisis.

Apakah itu dialisis?

Dialisis adalah proses perubatan iaitu penyingkiran toksin-toksin dan sisa buangan daripada badan dan membantu mengekalkan keseimbangan bendalir dengan menapis darah melalui membran, yang mimik fungsi buah pinggang sihat. Ia pada amnya pilihan rawatan yang paling lazim untuk kegagalan buah pinggang peringkat akhir.

Dialisis biasanya disyorkan apabila anda mempunyai simptom-simptom yang menandakan peringkat akhir penyakit buah pinggang. Pada peringkat ini, fungsi buah pinggang merosot sehingga toksin-toksin mula bertambah ke paras yang tinggi, dan keseimbangan bendalir menjadi satu masalah, mengakibatkan bebanan bendalir berlebihan.

Dialisis boleh membantu mengurangkan simptom-simptom di atas dan mencegah pertambahan toksin-toksin dan bendalir dalam badan yang berpotensi membawa maut.

Jenis-jenis dialisis

Terdapat dua jenis dialisis yang utama: Hemodialisis (HD) dan Dialisis Peritoneal (PD).

Untuk HD, darah dialirkan melalui dializer (pendialisis), yang selalu dirujuk sebagai buah pinggang buatan, dan dikembalikan ke badan dalam suatu proses yang berterusan. Proses ini biasanya mengambil masa sekitar 3-5 jam dan boleh dilakukan di pusat dialisis. Kebiasaannya ia dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Untuk PD, darah dibersihkan di dalam badan menggunakan dinding semula jadi abdomen anda (membran peritoneal) sebagai penapis, dan sejenis bendalir dialisis steril khas yang mengalir masuk dan keluar dari abdomen anda. PD dilakukan di rumah dan biasanya dilakukan setiap hari, sama ada secara manual dalam 3-4 sesi singkat pada siang hari (Dialisis Ambulatori Peritoneal Berterusan, CAPD) atau secara automatik sekali sepanjang malam dengan menggunakan mesin yang dipanggil cycler (Dialisis Peritoneal Automatik, APD).

Apabila memilih jenis dialisis, adalah penting untuk mempertimbangkan pelbagai faktor seperti situasi hidup anda, gaya hidup dan kondisi kesihatan yang sedia ada. Keputusan akan diambil oleh anda bersama dengan pasukan penjagaan kesihatan anda. Mereka yang akan menerangkan pilihan rawatan yang sesuai untuk anda. Jenis rawatan yang dipilih boleh dinilai semula dan ditukar kemudian jika perlu.

Elderly man and healthcare professional looking at a tablet before dialysis

Sebelum memulakan dialisis

Sebelum anda mulakan dialisis, sama ada PD atau HD, suatu prosedur pembedahan yang dipanggil pembedahan akses dialisis akan dilakukan. Prosedur ini mewujudkan akses kepada aliran darah untuk HD atau rongga peritoneal untuk PD.

Pasukan penjagaan kesihatan anda akan memberikan anda semua maklumat yang perlu anda tahu tentang prosedur sebelum dan semasa rawatan dialisis tersebut. Pada peringkat ini, adalah penting untuk menangani kesemua potensi kebimbangan dan soalan-soalan yang mungkin anda ada.

Women hugging eldery mother before preparing for dialysis

Persediaan untuk sesi dialisis pertama anda

Selain daripada langkah-langkah yang akan diambil oleh pasukan penjagaan kesihatan untuk memastikan anda bersedia untuk rawatan, adalah penting untuk anda bersiap sedia secara mental juga. Berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan supaya anda mempunyai satu rangkaian sokongan sekiranya perlu. Rancang jadual harian supaya anda memperuntukkan masa yang cukup untuk rawatan. Masa yang diperlukan ini boleh berbeza berdasarkan jenis dialisis. Anda boleh merancang aktiviti-aktiviti santai semasa rawatan jika menjalani HD dengan muat naik playlist anda atau bawa buku kegemaran anda.

Tidak kira jenis dialisis, mengekalkan pandangan yang positif adalah penting. Ingat juga bahawa perubahan dalam rutin akan mengambil masa untuk membiasakan diri.

Elderly dialysis couple smiling widely

Jangka hayat untuk dialisis

Jangka hayat untuk dialisis bergantung kepada banyak factor. Ini termasuk kondisi-kondisi jangka panjang lain yang mungkin anda ada, sama ada pelan transplan buah pinggang, dan sejauh mana efektifnya dialisis untuk anda. Bincang dengan pasukan penjagaan kesihatan anda untuk memahami kondisi spesifik anda. Adalah penting juga untuk anda mematuhi pelan rawatan dan jadual dialisis anda serta mengikuti nasihat pasukan penjagaan kesihatan anda.

SOALAN-SOALAN LAZIM