Mengamalkan Diet Mesra Buah Pinggang

Diet mesra buah pinggang akan membantu anda mengekalkan keseimbangan badan anda dan memastikan anda mendapat khasiat pemakanan yang anda perlukan untuk kekal sihat.

Illustration of a man and woman seated at a table

Memahami apa yang boleh atau tidak boleh anda makan semasa menjalani rawatan dialisis adalah sebahagian perkara penting daripada rawatan penyakit buah pinggang kronik anda (CKD). Mengamalkan diet yang seimbang – termasuk karbohidrat, lemak, protein, mineral dan cecair – akan menyediakan asas yang kukuh untuk anda kekal sihat semasa menjalani dialisis. Anda perlu mendengar nasihat pakar klinikal atau pakar diet anda tentang apa yang diperlukan oleh badan, lebih-lebih lagi anda perlu mengubah tabiat semasa anda. 

Mother and Daughter cooking

Menyesuaikan Diet Anda untuk Dialisis

Sebagai pesakit yang baru memulakan dialisis, anda perlu membuat banyak perubahan kepada kehidupan harian anda. Seperti yang diberitahu oleh pakar klinikal, ini termasuk mengubah makan minum anda. Oleh kerana buah pinggang anda tidak dapat menuras dan menyingkirkan sisa buangan dan bendalir berlebihan daripada badan anda dengan cara yang sepatutnya, diet anda perlu mengecualikan jenis makanan tertentu untuk membolehkan badan anda kekal sihat dan seimbang sepanjang rawatan.

Mengamalkan diet yang lebih mesra buah pinggang tidak semestinya mencabar. Menyedari keperluan diet anda sepanjang perjalanan rawatan boleh membantu anda rasa lebih sihat dan melakukan yang terbaik. 

Cooking

Garis Panduan Diet Umum untuk Dialisis

Sekatan pemakanan tertentu untuk dialisis adalah berbeza antara pesakit. Bagaimanapun, terdapat beberapa garis panduan umum yang perlu dipatuhi oleh pesakit, sama ada yang menjalani rawatan hemodialisis (HD) – termasuk hemodialisis di rumah (HD di Rumah) – atau dialisis peritoneal (PD).

Image of Lady Drinking

Garis Panduan Diet Untuk Rawatan Tertentu

Diet optimum semasa menjalani dialisis ditentukan oleh usia, berat badan, tahap fungsi buah pinggang, dan jenis dialisis anda, dan juga sama ada anda mengalami masalah kesihatan lain – seperti hipertensi, kolesterol tinggi, atau diabetes. Keperluan diet adalah sama bagi orang yang dirawat dengan dialisis peritoneal (PD) dan hemodialisis  (HD), termasuk hemodialisis di rumah (HD di Rumah). Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan penting untuk diingati.

Apakah langkah seterusnya?

Man and woman riding bicycles

Senaman dan Dialisis

Amalan senaman semasa anda menjalani dialisis boleh membantu anda rasa lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Ketahui lebih lanjut tentang cara anda boleh kekal aktif sepanjang perjalanan rawatan anda. 

Man and woman with luggage

Mengembara dengan Dialisis

Anda mungkin boleh terus mengembara selepas diagnosis. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengembara dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD). 

Two people holding hands

Hubungan intim

Anda boleh mengekalkan hubungan intim walaupun perlu menjalani dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang keintiman dan dialisis.