Apakah Skor Anda?  

Ketahui Nombor Yang Mengukur Kesihatan Buah Pinggang Anda

Adalah penting untuk mengetahui GFR (skor kesihatan buah pinggang) anda di setiap peringkat umur. Buah pinggang anda akan bersyukur kerana ini.

1_in_10_stat

Bilangan

1 daripada 10. Itulah bilangan orang yang menghidap Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) di seluruh dunia.1

9 daripada 10. Itulah anggaran bilangan orang yang tidak mengetahui bahawa mereka menghidap CKD di seluruh dunia.2

GFR

Mengapa Buah Pinggang Anda Penting?

Setiap minit, buah pinggang yang sihat menapis kira-kira setengah cawan darah anda3, membuang bahan buangan dan air berlebihan untuk memastikan anda berasa sihat
Sekiranya anda meghidapi CKD, sisa toksik boleh terkumpul di dalam badan anda dan boleh membawa maut. CKD selalunya dirujuk sebagai penyakit senyap. Anda mungkin tidak ketahui anda menghidapinya sehingga ia merosot ke peringkat akhir.

Jadi bagaimana anda boleh mengetahui? Masukkan Kadar Penapisan Glomerular (GFR) anda. Skor kesihatan buah pinggang adalah penting untuk kekal sihat.

Apakah Maksud GFR?

WKD_kidney2

Fungsi buah pinggang dinilai dengan Kadar Penapisan Glomerular atau GFR anda. Ia memberi rujukan seberapa cepat buah pinggang anda menapis darah, dan merupakan penunjuk kesihatan buah pinggang. Tahap kerosakan buah pinggang dikategori dengan beberapa nilai julat GFR. Doktor menggunakan nilai julat GFR ini untuk menentukan peringkat CKD.

Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Terdapat 5 peringkat CKD. Gejala yang anda alami dan kesejahteraan anda akan berubah bergantung pada tahap penyakit CKD.

Inilah cara anda mentafsir skor buah pinggang (GFR) anda:

Adakah Anda Berisiko GFR Rendah?

Sesetengah masalah kesihatan boleh menjejaskan buah pinggang:

  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Lupus, pyelonephritis kronik dan lain-lain

Faktor risiko yang lain termasuk:

  • Sejarah CKD keluarga
  • Obesiti
  • Merokok
  • Struktur buah pinggang yang tidak normal
  • Umur melebihi 65 tahun
  • Penyakit kardiovaskular

Petua: Berbincang tentang perubahan gaya hidup yang anda perlu lakukan, seperti diet dan rejim senaman apabila setelah anda mendapatkan ujian GFR anda.

Bagaimana Anda Boleh Mengetahui GFR Anda?

Anda hanya perlu melakukan ujian darah oleh pasukan perubatan sahaja. Keputusan ujian memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan buah pinggang anda supaya anda boleh bertindak awal melalui perubahan gaya hidup dan/atau rawatan untuk mengekalkan kesejahteraan anda.