Dialisis Peritoneal (PD) di Rumah

Dialisis peritoneal (PD) merupakan pilihan rawatan yang menggunakan dinding abdomen anda sendiri untuk menyingkirkan sisa produk daripada darah anda. Di sini anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang rawatan dialisis peritoneal (PD) di rumah.

Apakah Dialisis Peritoneal (PD)?

Jika anda baru memulakan dialisis, dialisis peritoneal (PD) mungkin satu daripada pilihan rawatan yang disediakan kepada anda. Dialisis peritoneal (PD) biasanya dilakukan di rumah dan malah boleh dilakukan semasa anda tidur. Anda juga boleh menjalani rawatan dialisis peritoneal (PD) semasa anda berada di luar. Jadi, PD mungkin kaedah rawatan yang paling sesuai jika daya pergerakan dan jadual rawatan yang fleksibel penting untuk anda.

Patient on CAPD

Apakah Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD)?

CAPD adalah sejenis dialisis peritoneal (PD) yang menggunakan graviti, bukan mesin, untuk “menukarkan” larutan dialisis lama anda dengan larutan baharu.

Patient on APD

Apakah Dialisis Peritoneal Automatik (APD)?

APD adalah satu bentuk dialisis peritoneal (PD) yang menggunakan mesin dinamakan pengitar untuk melakukan pertukaran dialisis. Pengitar akan diprogramkan untuk menyediakan jumlah dialisis yang tepat menurut preskripsi pakar klinikal anda. Biasanya, program APD mengambil masa antara 8 dan 12 jam, dan dilakukan sepanjang malam.

Illustration of a computer tablet

Pengurusan Pesakit Jarak Jauh dengan Dialisis Peritoneal Automatik (APD)

Anda dan pakar klinikal boleh mempertimbangkan penggunaan sistem Pengurusan Pesakit Jarak Jauh untuk menguruskan rawatan APD anda. Pengurusan Pesakit Jarak Jauh membolehkan pakar klinikal memantau rawatan anda dan memastikan anda melakukan apa yang sepatutnya, dan ini boleh menambah keyakinan anda untuk menjalani rawatan di rumah.

Female doctor discuss patient

Belajar Melakukan Dialisis Peritoneal (PD)

Melakukan rawatan dialisis peritoneal (PD) di rumah mungkin membuatkan anda rasa bimbang, tetapi sebenarnya ia adalah satu proses yang mampu diuruskan. Dengan latihan yang sewajarnya, hampir semua orang boleh melakukan dialisis peritoneal (PD). Dalam kebanyakan kes, ia biasanya memerlukan latihan antara 2 hingga 5 hari, bergantung pada jenis terapi PD yang anda pilih.

Parents with child

Kelebihan Dialisis Peritoneal (PD)

Dialisis peritoneal (PD) mungkin sejenis rawatan yang sesuai dengan gaya hidup serta keadaan perubatan dan fizikal anda, sekiranya anda bekerja, belajar atau sering mengembara. Melakukan dialisis peritoneal (PD) di rumah menambah fleksibiliti dan kebebasan hidup – anda tidak perlu ke hospital atau klinik dengan kerap dan lebih bebas melakukan aktiviti yang anda gemari.

Apakah langkah seterusnya?

Illustration of a patient participating in in-home haemodialysis

Hemodialisis di Rumah (Home HD)

Terdapat jenis dialisis lain yang boleh dilakukan di rumah. Ketahui lebih lanjut tentang hemodialisis di rumah (HD di Rumah).

Illustration of a patient participating in in-centre haemodialysis

Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)

Anda mungkin lebih selesa melakukan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran. Ketahui lebih lanjut tentang hemodialisis di pusat rawatan (HD di Pusat). 

Illustration of the human body and medication

Pilihan Rawatan Lain

Jika anda dan pakar klinikal mendapati dialisis tidak sesuai untuk anda, terdapat pilihan rawatan lain yang anda boleh mempertimbangkan. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan rawatan lain.