Peritoneal Dialisis Automatik (APD)
Peritoneal Dialisis Automatik (APD) ialah pilihan terapi rumah yang dilakukan menggunakan mesin dialisis, yang membantu mengisi dan mengalirkan dialisat.
Apakah itu Peritoneal Dialysis Automatik (APD)?
PD Automatik (APD) merupakan sejenis PD yang dilakukan menggunakan mesin dialisis, yang membantu mengisi dan mengalirkan dialisat secara automatik/dengan operasi manusia yang paling kurang. Mesin dialisis ini, juga dipanggil cycler, diprogramkan untuk menyediakan preskripsi dialisis yang ditetapkan oleh doktor anda. Pertukaran APD biasanya mengambil masa antara 8 dan 12 jam dan boleh dilakukan semalaman semasa anda tidur.
Bagaimanakah Peritoneal Dialysis Automatik (APD) berfungsi?
Sebelum sesi dialisis, mesin cycler APD anda akan disambungkan kepada 10-15 liter larutan dialisis yang baharu. Satu tiub dari cycler kemudiannya disambungkan ke kateter di bahagian abdomen anda. APD cycler diprogramkan untuk mengawal pergerakan larutan dialisis bersih ke dalam perut anda oleh mesin.
Ia mengeluarkan larutan dialisis yang berada dalam badan anda dan menggantikannya dengan larutan baharu pada selang masa yang ditetapkan sepanjang tempoh terapi. Anda perlu menyediakan mesin dialisis dengan peralatan baharu dan cecair dialisis untuk setiap sesi APD. Setiap pesakit adalah berbeza dan program cycler APD akan disesuaikan dengan keperluan khas anda.
Mengapakah saya perlukan APD?
Kejadian edema yang lebih rendah1
APD adalah lebih baik untuk mencapai sasaran ultrafiltrasi kepada pesakit yang tertentu (contohnya, mereka yang tergolong dalam membran peritoneum pengangkut tinggi )
Kadar risiko peritonitis lebih rendah 1
Pelaksanaan APD hanya memerlukan SATU operasi (satu sambungan dan putus sambungan setiap hari) berbanding CAPD (3-5 sambungan dan putus sambungan setiap hari) yang boleh mengurangkan kejadian peritonitis dengan ketara.
Kurang ketidakselesaan2
Tekanan intraperitoneal dengan APD adalah 50% lebih rendah berbanding dengan CAPD kerana pesakit adalah berbaring semasa rawatan.
Kualiti hidup yang lebih baik2
Memandangkan APD dilakukan semasa tidur, anda boleh menikmati fleksibiliti pada waktu siang. Lebih daripada 60% pesakit APD masih bekerja sepenuh masa. Anda masih boleh menyara diri dan keluarga anda dari segi kewangan dengan menggunakan APD.
Walaupun mempunyai risiko komplikasi yang lebih rendah dengan rawatan APD, secara amnya komplikasi PD seperti jangkitan dan hernia masih mungkin akan berlaku.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang komplikasi dan kesan sampingan PD.
FAQ
Apakah langkah seterusnya?
Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD)
CAPD boleh dilakukan di tempat kerja, rumah atau semasa anda mengembara.
Hemodialisis di Pusat Rawatan (ICHD)
Anda mungkin lebih suka menerima rawatan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran dengan anda.
Pemindahan Buah Pinggang & Penjagaan Konservatif
Terdapat pilihan rawatan lain yang anda boleh mempertimbangkan sekiranya anda dan pakar perubatan mendapati rawatan dialisis tidak sesuai untuk anda.