Peritoneal Dialisis (PD) di Rumah 

Peritoneal dialisis (PD) adalah salah satu pilihan rawatan sekiranya anda perlu memulakan dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang peritoneal dialisis (PD) di rumah. 

Apakah itu Peritoneal Dialisis (PD)?

Peritoneal dialisis (PD) ialah rawatan yang menggunakan lapisan abdomen anda - dipanggil membran peritoneal - untuk mengeluarkan bahan kumuhan daripada darah anda. Ia biasanya dilakukan di rumah dan juga boleh dijalankan semasa tidur atau semasa mengembara. Ia mungkin terapi yang sesuai untuk anda jika anda memerlukan mobiliti atau jadual rawatan yang fleksibel. 

Doctor explaining Peritoneal Dialysis to the patient

Bagaimanakah Peritoneal Dialisis (PD) dilakukan?

Semasa peritoneal dialisis (PD), cecair yang dipanggil larutan dialisis (atau dialisat) akan masuk ke dalam abdomen anda melalui kateter. Kateter ini dimasukkan ke dalam perut anda melalui prosedur pembedahan kecil sebelum memulakan rawatan PD. Sebaik sahaja cecair dialisis mengisi abdomen anda, ia akan disimpan untuk membersihkan darah anda dengan menyerap sebarang sisa dan cecair yang berlebihan. Selepas 1 hingga 4 jam, larutan dialisis yang mengandungi sisa dan cecair berlebihan akan disalir keluar dari abdomen anda melalui kateter. Keseluruhan proses ini dipanggil pertukaran. 

APD VS CAPD

Terdapat dua jenis peritoneal dialisis (PD): peritoneal dialisis ambulatori berterusan (CAPD) dan peritoneal dialisis automatik (APD). 

Patient performing Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis

Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD)

CAPD ialah rawatan yang menggunakan graviti untuk mengisi dan mengeluarkan larutan dialisis dari abdomen anda. 

Pertukaran CAPD biasanya dilakukan 3 hingga 4 kali sehari, terutamanya selepas bangun, sebelum makan tengah hari dan makan malam, dan sebelum tidur. Semasa pertukaran CAPD, pertukaran dialisis dilakukan secara manual oleh anda atau penjaga pada siang hari. Semasa setiap pertukaran, ia mungkin mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan larutan dialisis yang telah digunakan dari abdomen dan mengisi abdomen dengan larutan dialisis yang baru. Pesakit kemudian boleh meneruskan aktiviti harian biasa sehingga pertukaran seterusnya. 

Patient reading while performing Automated Peritoneal Dialysis using a cycler

Peritoneal Dialisis Automatik (APD)

APD memerlukan mesin untuk menghantar cecair dialisis ke dalam perut. 

APD biasanya berlaku pada waktu malam apabila mesin disambungkan ke kateter PD. Semasa anda tidur, mesin mengeluarkan larutan dialysis yang lama dan membekalkan larutan dialisis bersih. Anda boleh tanggalkan sambungan mesin selepas anda bangun untuk meneruskan aktiviti biasa. 

 

Apakah faedah PD?

PD adalah pilihan dialisis tanpa jarum 

PD menggunakan kateter untuk memasukkan larutan dialisis ke dalam ruang dalam abdomen anda untuk menapis darah melalui membran peritoneal. Hemodialisis (HD) pula menapis darah anda melalui mesin luaran, yang memerlukan jarum untuk mengalirkan darah anda ke dalam mesin. 

PD di rumah menawarkan fleksibiliti dan kebebasan 

Melakukan peritoneal dialisis (PD) di rumah meningkatkan fleksibiliti dan kebebasan hidup anda semasa dialisis. Ia boleh mengurangkan lawatan yang kerap ke hospital atau klinik dan memberi anda lebih kebebasan untuk bekerja atau melakukan aktiviti yang anda gemari. 

Anda boleh melancong dengan PD 

Bagi kebanyakan pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD), mengekalkan mobiliti dan berpeluang untuk melancong adalah perkara yang penting untuk kekal berdikari. Memandangkan PD boleh dilakukan semalaman di mana-mana tempat pilihan anda, kebanyakan pesakit dialisis boleh mengembara dan meneruskan rawatan mereka walaupun berada di luar rumah. Semasa merancang pengembaraan, anda boleh berbincang dengan doktor untuk membuat persediaan rawatan PD semasa kembara. 

Apakah langkah seterusnya?

Illustration of patient reading while performing dialysis at home

Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD)

CAPD boleh dilakukan di tempat kerja, rumah atau semasa anda mengembara.

Illustration of Patient with Automated Peritoneal Dialysis

Peritoneal Dialisis Automatik (APD)

Anda boleh melakukan rawatan dialisis semasa anda tidur.

Illustration of a patient participating in in-centre haemodialysis

Hemodialisis di Pusat Rawatan (ICHD)

Anda mungkin lebih suka menerima rawatan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran dengan anda.