Dapatkan Jawapan Yang Anda Perlukan

Memahami keadaan anda boleh membantu anda membuat pilihan yang terbaik sepanjang tempoh perjalanan rawatan anda. 

Buah pinggang adalah penting bagi tubuh badan anda. Buah pinggang yang berfungsi dengan baik menyingkirkan sisa buangan dan bendalir berlebihan daripada darah anda, mengekalkan imbangan mineral penting, dan membantu mengawal tekanan darah, menghasilkan sel-sel darah merah dan vitamin D. Dengan kata lain, buah pinggang anda memastikan badan anda sentiasa sihat dan seimbang.

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) ialah keadaan di mana buah pinggang anda beransur-ansur hilang keupayaan untuk membantu badan anda menyingkirkan  sisa buangan dan bendalir berlebihan daripada darah anda. Apabila ini berlaku, sisa buangan dan bendalir yang memudaratkan mula terkumpul dalam badan, membuatkan anda merasa tidak sihat. Meskipun penyakit buah pinggang kronik (CKD) tidak boleh disembuhkan, rawatan boleh dilakukan untuk membantu melambatkan proses kerosakannya, mengawal gejala-gejala  dan membolehkan anda menjalani kehidupan dengan sepenuhnya seperti biasa.

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) menjejaskan kedua-dua buah pinggang serentak. Meskipun badan anda mempunyai dua buah pinggang untuk membantu anda menapis sisa buangan, satu buah pinggang bukan “sokongan” untuk satu buah pinggang yang lain. Kedua-duanya berfungsi bersama untuk membersihkan badan anda. Apabila anda disahkan menghidap  penyakit buah pinggang kronik (CKD), ini bermakna kedua-dua buah pinggang anda terjejas dan tidak boleh berfungsi dengan sewajarnya untuk menapis sisa buangan dan bendalir dalam badan anda. 

2. BAXTER_DTP_SubPage _ABOUT_What Symptoms Will I Experience.png

Apakah Gejala yang Akan Saya Alami?

Memandangkan setiap badan adalah unik, gejalanya mungkin berbeza antara satu sama lain. Anda mungkin tidak sedar akan gejalanya sehinggalah penyakit buah pinggang kronik (CKD) sudah mencapai tahap lanjut. Sebab itulah penyakit buah pinggang kadangkala dirujuk sebagai penyakit “senyap”

2. BAXTER_DTP_SubPage _ABOUT_What Causes Chronic Kidney Disease.png

Apa yang Menyebabkan Penyakit Buah Pinggang Kronik?

Dalam kebanyakan kes, penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan oleh beberapa masalah lain yang lama-kelamaan menjejaskan buah pinggang anda. Sebagai contoh, diabetes (kencing manis) dan tekanan darah tinggi adalah dua punca utama penyakit buah pinggang kronik (CKD). Antara punca lain yang mungkin menjadi penyebab ialah penyakit buah pinggang polisistik  dan penyakit kronik lain.

Diagram of the stages of chronic kidney disease

Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) mempunyai 5 peringkat yang berbeza, iaitu dari peringkat 1 hingga 5. Peringkat penyakit anda bergantung pada sejauh mana buah pinggang anda dapat menapis darah anda. 

3. BAXTER_DTP_SubPage_4.0_Coping With your Emotions.png

Menangani Diagnosis Anda dari Sudut Emosi

Penerimaan diagnosis dengan penyakit kronik ialah peristiwa yang mengubah kehidupan. Adalah sesuatu yang normal bagi anda untuk mengalami perasaan berkecamuk semasa menerima berita seperti ini. Pada mulanya, anda mungkin terkejut dengan keputusan ujian yang tidak dijangka atau berasa sedih dan takut mengenangkan kehidupan yang harus dilalui dengan penyakit kronik. Cara anda menangani perasaan ini boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental sepanjang perjalanan rawatan anda.

Illustration of a paper report

Fahami asas penyakit buah pinggang kronik

Proses mempelajari tentang penyakit buah pinggang kronik dan bagaimana ia menjejaskan badan anda boleh kelihatan agak mencabar. Oleh itu, kami telah merumuskan beberapa perkara paling penting yang perlu anda ketahui dalam sebuah carta ringkas. Muat turun dan cetak atau kongsi dengan keluarga atau penjaga anda.

Muat turun
Illustration of a paper report

Pelajari bahasa baharu

Apabila anda didiagnosis dengan penyakit buah pinggang kronik dan mula menjalani dialisis, anda akan menemui banyak perkataan dan perkara baharu. Untuk membantu anda mempelajari terminologi yang paling penting, kami telah mencipta sebuah kamus kecil. Muat turun dan cetaknya, supaya anda boleh mula untuk membiasakan diri dengan beberapa perkataan yang perlu anda pelajari.

Muat turun
Illustration of a female doctor speaking with a male patient

Tinjau Pilihan Anda untuk Merawat Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk penyakit buah pinggang kronik (CKD). Oleh itu, anda perlu memainkan peranan aktif bagi mengenal pasti rawatan yang terbaik untuk anda. Langkah seterusnya dalam perjalanan anda adalah menyiapkan diri anda untuk berbincang dengan pakar klinikal tentang rawatan paling sesuai dengan keperluan fizikal, emosi dan gaya hidup anda.