Apa yang anda perlu ambil tahu tentang CAPD
Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD) ialah sejenis peritoneal dialisis (PD) yang menggunakan graviti untuk "menukar" dialisat lama anda dengan dialisat yang baru.
Apakah CAPD?
Peritoneal Dialisis (PD) menggunakan lapisan abdomen anda (juga dikenali sebagai peritoneum) sebagai penapis semula jadi untuk membuang toksin daripada darah anda.1 Terdapat 2 jenis PD: Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD) dan PD Automatik (APD).
CAPD tidak memerlukan mesin dan boleh dilakukan di mana-mana tempat yang bersih. Jadi, sama ada anda berada di rumah, bekerja atau melancong, anda boleh meneruskan rawatan CAPD anda mengikut keselesaan anda.
Bagaimanakah CAPD Dilakukan di Rumah?
Beg larutan dialisis baharu akan disambungkan ke tiub plastik lembut (dikenali sebagai kateter) yang berada di abdomen anda. CAPD bermula apabila larutan yang berada dalam abdomen anda (dikenali sebagai efluen) "ditukar" dengan larutan baharu.
Beg larutan baharu akan digantung pada tiang IV, dengan daya tarikan graviti, larutan baharu akan mengalir ke dalam abdomen anda. Setelah selesai, sistem akan ditanggalkan, dan penutup diletakkan pada kateter anda supaya anda bebas menjalani aktiviti harian anda sehingga pertukaran seterusnya. Setiap pertukaran mengambil masa kira-kira 20–40 minit dan dengan kekerapan 1–4 kali sehari, bergantung pada keperluan dialisis anda.
Setelah anda memulakan CAPD, abdomen anda akan sentiasa mengandungi larutan dialisis. Dengan setiap “pertukaran’, anda akan melalui langkah berikut: