Pilihan Rawatan Yang Lain

Pilihan rawatan kebiasaanya bergantung kepada pilihan pesakit. Untuk sesetengah pesakit, pemindahan buah pinggang yang menjadi pilihan tetapi untuk pesakit yang lain, rawatan sokongan tanpa dialisis mungkin menjadi pilihan lebih sesuai. 

Illustration of a kidney transplant

Apakah Pemindahan Buah Pinggang?

Cara pemindahan buah pinggang ialah melalui pembedahan memindahkan buah pinggang yang sihat daripada seorang penderma untuk diletakkan ke dalam badan anda. Buah pinggang baru ini akan membersihkan darah anda dan menyingkirkan bendalir berlebihan sebagaimana yang dilakukan oleh dua buah pinggang anda sendiri ketika sihat dahulu. 

Kindey_HD_largeTile_2

Apakah Yang Diperlukan untuk Keserasian Pemindahan Buah Pinggang?

Kejayaan pemindahan buah pinggang bergantung kepada pelbagai faktor. Jika anda sihat secara keseluruhannya, pakar klinikal boleh menentukan kesesuaian anda sebagai calon untuk pemindahan buah pinggang dan akan mengesyorkan nama anda dimasukkan ke dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang, atau anda sendiri boleh mencari penderma hidup, seperti saudara mara dan anggota keluarga. 

Doctor with tablet

Apakah Kadar Kejayaan Pemindahan Buah Pinggang?

Kadar kejayaan selepas pemindahan buah pinggang daripada penderma buah pinggang hidup berasaskan laporan Jabatan Perubatan Renal, Hospital Umum Singapura ialah 99% selepas 1 tahun pembedahan dan 97% selepas 5 tahun pembedahan. Begitu juga kadar kejayaan pemindahan buah pinggang daripada penderma kadaverik dilaporkan pada kadar 93% selepas 1 tahun pembedahan dan 78% selepas 5 tahun pembedahan.3

Kindey_HD_largeTile_3

Kelebihan Pemindahan Buah Pinggang

Pemindahan buah pinggang yang berjaya membolehkan anda untuk hidup lebih lama dengan kualiti hidup lebih tinggi berbanding jika anda menjalani rawatan dialisis. Anda tidak lagi perlu menerima rawatan dialisis atau menghadkan diet anda seperti yang anda lakukan sebelumnya. Bagaimanapun, kehidupan selepas pemindahan buah pinggang mungkin agak mencabar. Proses pemulihan selepas pemindahan buah pinggang akan memerlukan pengambilan ubat penahan imun untuk jangka masa panjang. Justeru, masa yang agak lama mungkin diperlukan untuk membiasakan diri dengannya dan melibatkan banyak kunjungan ke hospital. 

Pemindahan buah pinggang juga mempunyai risiko.

Illustration of medication

Penjagaan konservatif

Jika pakar klinikal anda memutuskan bahawa kedua-dua dialisis dan pemindahan buah pinggang tidak sesuai untuk anda, maka anda boleh mempertimbangkan penjagaan konservatif. Dalam keadaan ini, pasukan penjagaan kesihatan anda akan menjaga anda tanpa dialisis atau pemindahan buah pinggang. Sebaliknya, mereka memberi tumpuan kepada usaha mengawal gejala-gejala anda dan memberikan kualiti hidup yang sebaik mungkin. Penjagaan konservatif bukan rawatan, tetapi satu cara untuk membuatkan anda selesa sepanjang baki hidup anda. Jika anda memilih penjagaan konservatif, pasukan penjagaan kesihatan anda akan membantu anda menyusun rancangan yang memenuhi keperluan fizikal, emosi dan gaya hidup anda. 

Apakah langkah seterusnya?

Illustration of a man and woman sleeping in a bed during at-home peritoneal dialysis

Dialisis Peritoneal (PD) di Rumah

Jika anda tidak boleh melakukan pemindahan buah pinggang, anda mungkin boleh mempertimbangkan rawatan dialisis. Malah anda boleh melakukannya di rumah. Ketahui lebih lanjut tentang dialisis peritoneal (PD). 

Illustration of a patient participating in in-home haemodialysis

Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)

Terdapat lebih daripada satu cara untuk melakukan dialisis di rumah. Ketahui lebih lanjut tentang hemodialisis di rumah (HD di Rumah). 

Illustration of a patient participating in in-centre haemodialysis

Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan rawatan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran. Ketahui lebih lanjut tentang hemodialisis di pusat rawatan (HD di Pusat).