Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)
Hemodialisis di Rumah (HD di Pusat) adalah pilihan rawatan yang menapis darah di luar badan dengan menggunakan mesin dialisis dan membran buatan, yang dinamakan alat dialisis atau “dializer”. Di sini anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD Di Pusat).
Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat) dilakukan di bawah pengawasan dan sokongan pasukan klinikal. Ini bermakna orang lain akan menjaga anda semasa rawatan. Anda boleh menggunakan masa rawatan untuk tidur, membaca, bekerja dengan komputer riba, mend
Hemodialisis (HD) adalah sejenis dialisis yang menapis darah di luar badan dengan menggunakan mesin dan alat dialisis “dializer”, iaitu penuras buatan yang bertindak seperti buah pinggang tiruan.
Bagaimana Hemodialisis di Pusat Rawatan (In-Centre HD) dilakukan?
Jika anda menjalani rawatan Hemodialisis di Pusat Rawatan (In-Centre HD), anda perlu berulang-alik ke hospital atau klinik dialisis 3 kali seminggu untuk menerima rawatan 3-5 jam setiap kali, bergantung pada jadual dialisis yang ditetapkan oleh pakar klinikal. Di sana, anda akan dijaga oleh seorang jururawat atau pakar klinikal sepanjang rawatan.
Memilih jenis Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)
Anda mungkin boleh memilih menerima rawatan di pusat pada waktu siang (HD siang) atau, dalam sesetengah kes, menjalani rawatan pada waktu malam (HD malam atau nokturnal) setelah anda dan pakar klinikal membuat keputusan. Hemodialisis (HD) pada waktu siang adalah paling umum dan kemungkinan besar merupakan pilihan yang sedia ada. Sesi rawatan anda akan dijadualkan pada masa yang sesuai di hospital dan klinik anda. Hari dan masa untuk rawatan akan diperuntukkan, bergantung pada kekosongan.
Persediaan untuk Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)
Sebelum memulakan HD di pusat rawatan, anda perlu menjalani prosedur pembedahan untuk menyediakan tempat laluan dialisis di bawah kulit yang dinamakan fistula. Fistula dialisis ini membolehkan darah yang perlu dibersih mengalir keluar dari saluran darah melalui mesin dialisis, dan mengembalikan darah yang bersih dengan mengalir masuk ke dalam saluran darah. Laluan ke fistula ini dibuat dengan memasukkan dua jarum ke dalam saluran darah dalam fistula.
Kelebihan Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)
Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat) dilakukan di bawah pengawasan dan sokongan pasukan klinikal. Ini bermakna orang lain akan menjaga anda semasa rawatan. Anda boleh menggunakan masa rawatan untuk tidur, membaca, bekerja dengan komputer riba, mendengar muzik atau melakukan aktiviti yang anda gemari. Anda juga berpeluang untuk berbual dengan pesakit dialisis lain, supaya boleh bertukar-tukar maklumat dan pengalaman dialisis antara satu sama lain.
Apakah langkah seterusnya?
Dialisis Peritoneal (PD) di Rumah
Terdapat dialisis jenis lain yang boleh dilakukan di rumah. Ketahui lebih lanjut tentang dialisis peritoneal (PD).
Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)
Anda mungkin boleh melakukan hemodialisis di rumah dengan selesa. Ketahui lebih lanjut tentang hemodialisis di rumah (HHD).
Pilihan Rawatan Lain
Jika anda dan pakar klinikal mendapati dialisis tidak sesuai untuk anda, terdapat pilihan rawatan lain yang anda boleh mempertimbangkan. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan rawatan lain.