Hidup Sejahtera dengan Dialisis

Anda perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal anda sepanjang masa anda menjalani rawatan dialisis untuk memastikan anda memanfaatkan sepenuhnya rawatan dan membolehkan anda mengecap nikmat hidup.

Banyak aspek kehidupan anda mungkin terjejas semasa anda menjalani dialisis. Dengan menjaga kesihatan badan dan minda anda, anda akan dapat menangani keperluan rawatan dengan lebih baik dan terus terlibat dalam aktiviti kegemaran anda yang biasa dilakukan sebelum disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD). Walaupun anda mungkin tidak begitu bersemangat pada mulanya, setelah anda membiasakan diri dengan keadaan rawatan, anda akan mendapati langkah menjaga kesihatan fizikal dan emosi akan membolehkan anda memainkan peranan lebih aktif dalam rawatan anda.  Malah usaha ini mungkin membantu anda berasa normal seperti normal biasa walaupun dengan perubahan besar yang dialami.

Hidup Sejahtera dengan Dialisis

Diet dan Dialisis

Senaman dan Dialisis

Mengembara dengan Dialisis

Berbincang Tentang Penyakit Anda

Cara Menangani Emosi Anda

Hubungan intim dan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Illustration of couple having a dialysis friendly meal together

Diet dan Dialisis

Anda memerlukan diet khas semasa menjalani dialisis. Mengetahui apa yang patut atau tidak patut anda makan semasa menjalani dialisis dan mematuhi amalan ini akan menjaga keseimbangan badan. Mengamalkan diet yang mesra buah pinggang memerlukan anda membuat sedikit perubahan kepada terhadap corak pemakanan normal anda. Pakar klinikal atau pakar diet anda boleh membantu anda merangka pelan diet yang mudah untuk anda amalkan. 

Illustration of a woman walking a dog outside

Senaman dan Dialisis

Kegiatan senaman fizikal rutin adalah penting untuk mengekalkan kekuatan fizikal dan mental semasa anda menjalani dialisis.  Melakukan rutin senaman yang anda gemari akan membantu mengurangkan kolesterol, mengawal berat badan, mengurangkan tekanan dan kebimbangan juga meningkatkan kesihatan jantung anda, di samping pelbagai manfaat lain yang mungkin diperolehi. Kecergasan badan juga akan membantu mencerdaskan minda anda, ia mampu memupuk sikap lebih positif sepanjang perjalanan rawatan anda dan mendorong anda memanfaatkan sepenuhnya kehidupan walaupun terpaksa menjalani rawatan dialisis.

Illustration of an airplane

Mengembara dengan Dialisis

Sama ada anda mengembara untuk bekerja atau melancong ke luar negara, jika anda membuat rancangan perjalanan yang sesuai, anda sebenarnya boleh terus mengembara walaupun memerlukan rawatan dialisis. Lebih-lebih lagi jika anda memilih rawatan PD, yang memberikan lebih fleksibiliti kepada anda untuk mengembara.  Melancong boleh menceriakan perasaan anda dan membuatkan anda rasa lebih bebas semasa anda menjalani rawatan dialisis. 

Illustration of two woman chatting indoors with each other about dialysis

Berbincang Tentang Penyakit Anda

Berbincanglah dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang lain yang menjalani rawatan dialisis tentang pengalaman anda sebagai pesakit buah pinggang kronik (CKD). Ini akan memudahkan anda, dan juga mereka, untuk menangani masalah fizikal dan emosi berkaitan dengan diagnosis anda. Perkongsian dengan orang lain boleh membantu anda menyelami emosi anda sendiri, menjadikan keadaan tidak begitu membebankan dan membantu anda rasa lebih terkawal. Sokongan dan nasihat orang-orang tersayang boleh membantu anda mendapatkan perspektif baharu dan berharga tentang pengalaman anda. 

Illustration of woman supporting older man walking with a cane

Cara Menangani Emosi Anda

Menyesuaikan diri untuk hidup sebagai seorang pesakit kronik mungkin satu proses yang mencabar. Sama ada anda baru sahaja disahkan atau sudah lama mendapatkan rawatan, kemungkinan besar anda dan orang di sekeliling anda pernah merasai pelbagai emosi. Bukan mudah untuk menangani perasaan tersebut tetapi penerimaan hakikat dan perkongsian isi hati anda penting untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal sepanjang masa anda menjalani dialisis. 

Illustration of couple holding hands strolling outdoors

Hubungan intim dan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Dengan jadual rawatan yang padat, kemusykilan tentang bagaimana penyakit buah pinggang kronik (CKD) mempengaruhi nafsu seks anda mungkin diketepikan. Tetapi kesejahteraan seksual anda adalah sebahagian dari aspek penting  untuk kesihatan fizikal dan emosi anda.  Memahami bagaimana dan mengapa kehidupan seks anda boleh berubah disebabkan penyakit anda akan membuatkan anda dan pasangan anda rasa lebih lega dan selesa. 

Illustration of a paper report

Panduan ringkas untuk kehidupan yang sejahtera semasa menjalani dialisis

Kami telah menyediakan gambaran keseluruhan yang ringkas tentang pilihan dan aktiviti yang dapat membantu anda menjalani kehidupan sepenuhnya semasa menjalani dialisis. Muat turun untuk mencetak atau berkongsi dengan keluarga atau penjaga anda.

Muat turun