Hubungan intim

Anda mungkin boleh meneruskan hubungan intim semasa menjalani dialisis. Berbincang mengenai isu yang mungkin anda hadapi adalah langkah pertama untuk mengekalkan hubungan intim semasa menerima rawatan.

Illustration of a man and woman holding hands while walking outside

Dengan segala maklumat baharu yang anda terima, anda mungkin tertanya bagaimana untuk mengekalkan aspek tertentu dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, anda mungkin rasa seks penting bagi kesejahteraan fizikal dan emosi, tetapi beban menyiapkan keperluan rawatan, menguruskan ubat dan tuntutan kerja dan keluarga menyebabkan tiada masa untuk hubungan intim,  dan situasi ini memang biasa dialami. 

Isu berkaitan harga diri, penampilan diri dan nafsu seks biasa dihadapi orang yang menjalani dialisis. Berkomunikasi dengan pasangan dan pasukan penjagaan kesihatan anda ialah langkah pertama untuk menangani isu-isu ini.

Two people holding hands

Keintiman semasa menjalani Dialisis Peritoneal (PD)

Jika anda menjalani dialisis peritoneal (PD), anda mungkin rasa tidak selesa mengadakan hubungan seks dengan air dialisis di dalam ruang peritoneum anda. Tanya jururawat PD anda jika anda boleh mengeluarkan air dialisis sebelum mengadakan hubungan seks. Anda juga boleh mengadakan hubungan seks jika menggunakan mesin  PD, dengan memastikan kateter tidak tercabut. Selain itu, tanya jururawat PD jika anda boleh menghentikan sambungan kepada mesin untuk mengadakan hubungan intim pada waktu malam.

Intimacy_largeTile_2

Membincangkan Soal Keintiman Dengan Pasangan Anda

Perbincangan hati ke hati dengan pasangan anda tentang bagaimana penyakit buah pinggang kronik (CKD) mempengaruhi nafsu seks anda dan berkongsi perasaan dan keperluan adalah penting demi mengekalkan hubungan yang intim.  Membincangkan masalah fizikal dan emosi yang anda alami mungkin boleh mewujudkan kesefahaman dan memberi peluang untuk menanganinya dengan cara paling selesa bagi anda berdua. Anda mungkin rasa kurang selesa dengan perbincangan seperti ini, tetapi disfungsi seks biasanya boleh dialami penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD). Perbincangan boleh membantu mengurangkan tekanan dalam aspek hubungan anda dengan orang tersayang.

Intimacy_largeTile_3

Nafsu Seks Yang Berkurangan

Terdapat beberapa sebab nafsu seks anda mungkin tidak menentu sepanjang rawatan. Anda mungkin mengalami kesakitan, kelesuan dan ketidakseimbangan hormon yang mengurangkan keinginan seks. Anda juga mungkin khuatir tentang penampilan diri atau prestasi seks anda, menyebabkan anda tidak mahu rapat secara fizikal dengan pasangan anda. Anda hendaklah membincangkan perasaan ini dengan pasangan anda.  Jika anda tidak selesa mengadakan hubungan seks anda boleh mempertimbangkan alternatif yang boleh memastikan hubungan dengan pasangan anda tidak terjejas.

Jika anda dan pasangan anda memutuskan tidak mengadakan hubungan seks, mungkin anda boleh membincangkan perkara ini dengan pakar klinikal anda untuk menentukan punca sebenar kehilangan nafsu. 

Image of Couple Embracing

Adakah Anda Seorang Penjaga atau Adakah Insan Yang Anda Sayangi Memerlukan Dialisis?

Menjadi penjaga atau insan tersayang kepada seseorang yang memerlukan dialisis hakikatnya bermakna hidup anda akan berubah. Mengetahui apa yang patut dijangkakan akan membantu anda mempersiapkan diri untuk perjalanan yang bakal anda tempuhi. Baca lebih lanjut tentang apa yang patut dijangkakan, bagaimana anda boleh menyokong insan tersayang, dan mengapa penjagaan diri anda sendiri juga tidak kurang pentingnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apakah langkah seterusnya?

Man and woman riding bicycles

Senaman dan Dialisis

Menjaga kesihatan fizikal boleh membantu anda memanfaatkan sepenuhnya rawatan anda. Ketahui cara-cara anda boleh kekal aktif semasa menjalani dialisis. 

Man and woman waiting at a train station

Mengembara dengan Dialisis

Anda masih boleh mengembara walaupun anda perlu menjalani rawatan dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengembara dengan penyakit buah pinggang kronik. (CKD). 

Two people preparing a salad

Mengamalkan Diet Mesra Buah Pinggang

Diet mesra buah pinggang boleh memainkan peranan untuk memastikan anda rasa lebih sihat dan melakukan yang terbaik sepanjang perjalanan rawatan. Ketahui lebih lanjut tentang diet dan dialisis anda.