Tinjau Pilihan Rawatan Anda

Rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) yang paling sesuai dengan keperluan fizikal, emosi dan gaya hidup anda boleh meningkatkan kualiti hidup dan memberi anda ketenangan fikiran. 

Kebanyakan penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) menjalani rawatan dialisis – sama ada di rumah atau di klinik. Dialisis ialah proses penyingkiran  sisa buangan dan bendalir berlebihan daripada darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi dapat berbuat demikian. Dialisis membantu membersihkan darah anda melalui membran, yang mimik fungsi buah pinggang sihat. Membran ini boleh berbentuk sintetik, seperti penapis alat dialisis, atau mungkin berbentuk semula jadi, seperti membran peritoneum. Semasa rawatan dialisis, sisa buangan halus dalam darah anda mengalir melalui membran ini dan masuk ke dalam bendalir dinamakan dialisat, lantas membersihkan darah anda.

1. BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_Peritoneal Dialysis (PD) at Home.png

Dialisis Peritoneal (PD) di Rumah

Dialisis Peritoneal (PD) membersihkan darah anda semasa larutan dialisis berada dalam rongga peritoneum, menggunakan dinding abdomen (membran peritoneum) anda sebagai penapis. Oleh yang demikian, dialisis boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja, atau semasa mengembara, sama ada oleh anda sendiri atau dengan sokongan seorang penjaga. Anda boleh melakukan dialisis peritoneal (PD) pada waktu siang atau semasa anda tidur. Ini memberikan fleksibiliti kepada anda untuk merancang rawatan dialisis anda berasaskan jadual harian anda. Dialisis Peritoneal  (PD) ialah rawatan yang perlu dilakukan setiap hari. 

Illustration of a patient participating in in-home haemodialysis

Hemodialisis di Rumah (Home HD)

Hemodialisis (HD) membersihkan darah anda dengan menggunakan mesin dan membran sintetik yang dinamakan alat dialisis. Seperti dialisis peritoneal (PD), HD boleh dilakukan di rumah anda sendiri, sama ada pada waktu siang atau semasa anda tidur dengan sokongan seorang penjaga. Keupayaan untuk merawat tanpa bantuan pakar klinikal membolehkan anda merancang jadual rawatan anda mengikut waktu kerja, sekolah, atau aktiviti lain. Hemodialisis di Rumah (HD) ialah rawatan yang biasanya dilakukan 3-6 kali seminggu. 

1. BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_In-Centre Haemodialysis (In-Centre HD).png

Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)

Hemodialisis (HD) boleh juga dilakukan di hospital atau klinik dialisis di bawah pengawasan pakar klinikal anda. Hemodialisis di pusat rawatan (HD di pusat) lazimnya memerlukan anda untuk pergi ke hospital atau klinik 3 kali seminggu dalam menjalani rawatan yang memakan masa antara 3 dan 5 jam setiap kali. Rawatan anda akan dipantau dengan rapi, dan anda boleh mengajukan soalan secara bersemuka. Di samping itu, anda akan dapat bersama pesakit lain yang menerima rawatan sama.

Explore_your_treatments_contentslider.png

Membandingkan Pilihan Rawatan Dialisis

Perlu diingatkan bahawa bahawa bukan semua rawatan dialisis sesuai untuk keperluan fizikal, klinikal, emosi dan gaya hidup anda. Terdapat manfaat dan pertimbangan yang berlainan untuk setiap terapi. Anda perlu bersedia untuk berbincang dengan pakar klinikal anda untuk memastikan anda memilih rawatan yang paling sesuai untuk anda. 

Perbandingan jenis rawatan
1. BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_Other Chronic Kidney Disease (CKD) Treatment Options.png

Pilihan Rawatan Lain untuk Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Selain dialisis, terdapat pilihan rawatan lain yang anda boleh dipertimbangkan. Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan, anda boleh mempertimbangkan pemindahan buah pinggang. Bagi sesetengah pesakit, penjagaan konservatif tanpa rawatan dialisis mungkin pilihan yang sesuai. 

0. BAXTER_DTP_Frontpage_Live Well on Dialysis.png

Hidup Ceria dengan Dialisis

Walau apa pun jenis rawatan yang anda pilih, anda hendaklah mengutamakan kesejahteraan fizikal dan emosi anda sepanjang rawatan bagi membolehkan anda hidup sejahtera dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD). Langkah seterusnya dalam perjalanan rawatan anda adalah untuk mengetahui cara anda boleh mengamalkan gaya hidup sihat dan menikmati kehidupan yang anda inginkan.