Menangani Emosi Anda

Cara anda menangani emosi sepanjang rawatan boleh memberikan kesan ketara terhadap kesejahteraan anda. 

Illustration of a woman walking with an older man holding a cane

Kecelaruan emosi adalah yang biasa dialami dalam tempoh menyesuaikan diri sebagai pesakit buah pinggang. Anda perlu lebih bersikap terbuka dan menerima takdir dengan tidak melayan perasaan dan menyalahkan diri sendiri. Sentiasa positif dan berkongsi realiti tentang penyakit anda ialah langkah penting untuk mencetus perubahan membina dan berkualiti dalam diri anda.

Coping_largeTile_1

Emosi yang Mungkin Anda Alami

Apabila berlaku sesuatu perubahan besar dalam hidup, pelbagai emosi akan melanda diri kita.  Pesakit buah pinggang kronik (CKD) juga tidak dapat lari dari mengalaminya. Hidup dengan dialisis memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental, dan anda mungkin dibebankan dengan cabaran emosi yang timbul. 

Baca lebih lanjut mengenai emosi yang mungkin anda alami

Coping_largeTile_2

Mendapatkan Sokongan yang Anda Perlukan

Perlu diingat bahawa anda tidak seorang diri dalam mengidapi penyakit ini. Pakar klinikal anda dan anggota lain pasukan penjagaan kesihatan anda sedia membantu dengan memberikan sokongan sebaik mungkin dalam menguruskan emosi anda. Untuk mendapat manfaat sepenuhnya kepada rangkaian sokongan ini, anda mungkin perlu mengambil inisiatif – bertanyakan soalan, melaporkan gejala dan mendidik diri anda tentang keadaan yang anda hadapi. Penjaga dan ahli keluarga juga boleh memainkan peranan penting untuk memberikan sokongan emosi.

Anda perlu bersikap lebih terbuka dengan pasukan klinikal tentang emosi yang anda rasai. Selain itu, anda boleh menggunakan khidmat pekerja sosial atau pakar psikologi dalam pasukan di klinik anda. Jika anda rasa tidak berdaya, berbincanglah dengan doktor anda. Jika anda tidak dapat bercakap dengan pasukan penjagaan kesihatan tentang emosi yang terpendam dalam diri, anda boleh cuba memanfaatkan sumber awam tempatan yang disediakan.

Frontpage_mediaslider_02

Adakah Anda Seorang Penjaga atau Adakah Insan Yang Anda Sayangi Memerlukan Dialisis?

Menjadi penjaga atau insan tersayang kepada seseorang yang memerlukan dialisis hakikatnya bermakna hidup anda akan berubah. Mengetahui apa yang patut dijangkakan akan membantu anda mempersiapkan diri untuk perjalanan yang bakal anda tempuhi. Baca lebih lanjut tentang apa yang patut dijangkakan, bagaimana anda boleh menyokong insan tersayang, dan mengapa penjagaan diri anda sendiri juga tidak kurang pentingnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apakah langkah seterusnya?

Two people holding hands

Hubungan intim

Anda boleh mengekalkan hubungan intim walaupun perlu menjalani dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang keintiman dan dialisis.

Man and woman riding bicycles

Senaman dan Dialisis

Menjaga kesihatan fizikal boleh membantu anda menerima rawatan yang sepenuhnya. Ketahui bagaimana anda boleh menjalani kehidupan aktif semasa menjalani rawatan dialisis. 

Man and woman waiting at a train station

Mengembara dengan Dialisis

Anda juga mungkin masih boleh mengembara/menjelajah dalam dan luar negara walaupun anda dalam rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD). Ketahui lebih lanjut tentang cara mengembara dengan dialisis.